Wednesday, September 29, 2010

memahami itu lebih penting dari segalanya...

saat pertama kali aku terjatuh.. aku langsung tersungkur ke bawah. aku di tinggalkan sendirian. tanpa ada sesiapa pun yang sanggup dtg melihat keadaanku.. sehinggalah tibanya satu tangan yang sangat mulia menghulurkan sinar cahaya yang menerangi kegelapan hidup aku.. insan itu mencurahkan segala kasih sayangnya kepada aku.. sehingga aku terlena terbuai dengan mimpi yang sangat indah. terasa diri bagaikan seorang puteri. dia menatangku dengan penuh kasih dan sayang, yang tak akan mampu untuk aku membalasnya.. dia memimpin tanganku dari dari awal hingga akhir..saat aku terluka dia sentiasa disisi..detik aku gembira dia berada disampingku..melihat aku tersenyum, menangis, berduka lara.. tanpa jemu dan tidak kenal erti bosan dia menemani aku.. sesungguhnya aku merasakan amat bertuah kerana aku mendapat insan sepertinya.. walaupun aku dilimpahkan dengan kasih sayang, dia tetap tidak lupa utk memimpin aku menuju ke jalan syurga.. mengajar aku erti sebenar kehidupan duniawi dan akhirat.. setiap kali dia mengengam tanganku, aku merasakan diriku cukup sempurna.. seperti sempurnya seorang wanita.. dia seperti mengerti apa yang aku fikirkan, memahami apa yang aku perlukan.. kerana dia adalah insan yang pertama menyambut tanganku selepas mak abah ku.. dia adalah dialova ku.. sesungguhnya aku bahagia menjadi miliknya.. walaupun dia bukanlah dato sri atau insan yang berdarjat tinggi.. kerana kekayaan hati dan imannya aku terpaku dan terpaut pada cinta yang diberikan...kerana dia sangat memahami dan menyayangi aku..



No comments:

Post a Comment